Gadis Cantik Ini Bercinta Dengan Pakcik Berusia 57 Tahun.

 

Cinta tidak mengenal perbezaan. Kasta, status ekonomi, pendidikan dan usia, semuanya tidak ada yang perlu dipersoal bila sudah saling mencintai. Ada banyak pasangan yang usianya berbeza beberapa tahun. Tapi bagaimana pula jika perbezaan usia itu sehingga 40 tahun?

Pasangan di Taiwan ini memiliki perbezaan umur sehingga 40 tahun dan mereka mengaku tidak mempunyai masalah tentang hal itu. Li Kuncheng, lelaki yang berusia 57 tahun ini menjalin kisah cinta dengan siswi sebuah univesiti di Taiwan bernama Lin Jing-En.

Li dan Lin mengatakan bahwa mereka selesa antara satu sama lain dan  tidak ada paksaan sedikitpun dalam hubungan mereka. Walau usia Li boleh dikatakan lebih tua dari usia ayah Lin namun hal itu tidak menjadi masalah bagi mereka.

Lin memilih untuk berpacaran dengan Li karena merasa selesa dan berasa tidak akan dipermainkan. Ini kerana, Lin sudah beberapa kali menjalin cinta dengan teman sebayanya dan berakhir dengan kisah pahit.

"Ketika saya memiliki kekasih sebaya dengan saya, mereka hanya menyakiti hati saya dan meninggalkan saya begitu saja, ini membuatkan saya merasa sangat sedih," ujar Lin

Bertemu dengan Li, Lin menemui banyak perbezaan yang membuatnya ingin untuk menjalin hubungan cinta dengan lelaki yang jauh lebih tua itu.

Li sendiri kerap dituduh hanya akan mempermainkan gadis muda dan tidak seharusnya berpacaran dengan gadis yang seharusnya lebih layak menjadi anaknya.

"Masalahnya apa? Masyarakat terlalu membesar-besarkan hal yang sebenarnya tidak perlu diperbesarkan. Siapa cakap yang berumur 57 tahun uitu sudah tua?" ujar Li.

Dirinya sudah lali dengan banyak tuduhan yang ditujukan kepadanya. Ini kerana Li benar-benar mencintai Lin dan tidak ada niat sedikitpun untuk mempermainkan remaja cantik ini.

Dua sejoli ini bahagia dengan hubungan mereka dan tidak menyorokkan hal ini sedikit pun. Baik Li ataupun Lin tidak mempunyai masalah dengan jarak usia yang jauh di antara mereka berdua.














 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments