background

Layan Jom

Powered by Blogger.

    Showing posts with label Fakta. Show all posts




    Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat. Anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda? 


    Mee segera memang sedap dan cepat.Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi. 

    Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus. 

    Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak? 

    Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat. 

    136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. 

    Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010. 

    10 Ramuan Melampau Dalam Mee Segera: 

    Adakah mee segera makanan sebenar atau makanan palsu?
    Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

    Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

    1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
    2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
    3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
    4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
    5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
    6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
    7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
    8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
    9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
    10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser


     


    Jutawan muda di Thailand. Walaupun dirinya kini hidup penuh dengan kekayaan, namun ia bukanlah bermula dengan kesenangan. Pemuda ini terpaksa melalui detik sukar dan sering mengalami kerugian semasa menjalankan perniagaannya.

    Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.

    Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.

    Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.

    Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Bahtdan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.

    Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.

    Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.

    Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.

    Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.

    Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.

    Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.

    Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.

    Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.

    Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.

    Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebutmembatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.

    Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.

    Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.

    Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.

    Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.

    Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.




    Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

    Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.


    Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionair muda Thailand.

    Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah).dua kali ganda ketinggian tembok Berlin dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini.






     Dengan pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto. Ghetto adalah satu kawasan di mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum dibunuh.

    Tembok pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta. Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah. Mungkin inilah tembok batu yang dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok pemisah Israel – Palestin ini?

    ”Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok” ( al-Hasyr : 14 )

    Tengok Gambar Tembok Pemisah Israel-Palestin yang lain kat bawah.





    Tahukah anda? Bola yang digunakan untuk Piala Dunia 2014 di Brazil dinamakan sebagai Brazura di mana bermaksud 'Brazilian' atau kehidupan yang berkaitan dengan negara itu. 




















    Menurut Guinness Book of Records,Cassowaries adalah burung yang paling berbahaya di dunia, mampu memberi pukulan maut. Mereka sangat tidak menentu, makhluk yang agresif, terutamanya jika cedera atau rasa terancam. Kehidupan Cassowaries di hutan hujan di Australia dan New Guinea dan sebenarnya haiwan yang cukup malu jika tidak terganggu, tetapi jika anda membuatkan ia rasa terancam anda boleh menerima sepakan maut atau dihiris oleh kuku tajam seperti pisau . Semasa Perang Dunia Kedua, tentera ditempatkan di New Guinea telah memberi amaran untuk menjauhkan diri daripada burung, tetapi sesetengah daripada mereka masih menjadi mangsa.


    Cassowaries ini juga merupakan salah satu haiwan yang paling sukar untuk di jaga di Zoo kerana kecederaan yang kerap dialami oleh penjaga Zoo yang menjaga mereka. Saya suka burung yang boleh menjaga dirinya sendiri, tetapi, malangnya, ini tidak dapat membantu sangat terhadap kekejaman manusia dan ia berada dalam senarai spesies terancam.








    Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran franchise paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. KFC memang terkenal, tapi tahukah anda apa cerita di sebalik kejayaan KFC? Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih, berjanggut putih ala-ala kambing, berkacamata, dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih. 


    Meh baca beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.

    1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

    2. Pada tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

    3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.

    4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan "Kentuck Colonel".

    5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.

    6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.


    Banyak negara telah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan bencara terutamanya banjir. Terutamanya di Tokyo, dengan populasi 12.4 juta penduduk, adalah salah satu bandaraya terbesar di dunia dan masih terus berkembang. Namun dengan jumlah hujan tahunan yang tinggi dan sering dilanda angin taufan yang dapat menyebabkan bandaraya itu ditenggelami air, satu penyelesaian harus dicari iaitu dengan melaksanakan projek G-Cans.


    Info Ringkas G-Cans:

    Pada tahun 1992, sebuah rancangan yang disebut Projek G-Cans atau Metropolitan Kawasan Luar Underground Channel Discharge (sistem drainage) dipersetujui dan kerja-kerja pembinaan dimulakan. Projek G-Cans selesai pada tahun 2004.


    Untuk menyerap air hujan, kompleks tersebut dilengkapi dengan 59 turbopump. total kapasiti dari 14 ribu tenaga kuda, dapat berlari lebih cepat dari 200 ton atas air per detik.


    Tampaknya ini jelas mungkin dirancang untuk banjir paling dahsyat. Namun, di daerah ini dalam hujan yang puratanya sebanyak 200 milimeter sebulan, dan kadang-kadang sehingga 400 milimeter marjin kemudahan keselamatan ditempatkan adalah besar. Mereka harus mempertimbangkan satu set penyimpanan bawah tanah yang sangat besar untuk ribuan ton air hujan yang tinggi.


    Sejak pembukaannya, G-Cans telah mencegah banjir dari memasuki kota metropolis, tetapi “sayangnya” tidak dapat mencegah ramai orang, termasuk selebriti dan pembuat film dari tempat banjir.


    Hal ini kerana projek G-Cans ini juga dimaksudkan untuk menjadi daya tarikan pelancongan, dan dapat dikunjungi secara percuma dua kali sehari, dari Selasa sehingga Jumat.

    Beberapa negara di dunia dikenali sebagai negara yang banyak dikunjungi oleh pelancong, seperti Perancis, Jepun, Belanda, Jerman, Malaysia, Thailand dan banyak lagi. Namun sebaliknya terdapat juga beberapa negara di dunia yang paling jarang dikunjungi.

    Berikut 10 negara di dunia yang jarang sekali mendapat kunjungan pelancong asing, seperti yang dikeluarkan oleh akhbar Newser.

    1. Nauru

    Tak pernah mendengar nama Nauru? Nauru adalah sebuah negara berbentuk pulau kecil yang terletak di sebelah timur Indonesia. Dihuni oleh orang Micronesia dan Polinesia, negara kecil ini dikatakan menjadi milik Jerman pada akhir abad ke-19. Pada Perang Dunia pertama, Nauru berada di bawah jajahan New Zealand, sementara pada Perang Dunia kedua, Nauru berada di bawah kepemimpinan Jepun. Meski begitu, Nauru berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1968. Pada tahun 2011, angka pelancong asing yang mengunjungi Nauru hanya 200 orang.




    2. Somalia

    Negara Afrika yang berjiran dengan Ethiopia ini hanya memiliki 500 pengunjung pada tahun 2012. Tampaknya pesona negara yang terletak di bahagian “Tanduk Afrika” ini belum berjaya menarik banyak wisatawan asing ke negaranya.




    3. Tuvalu

    Tuvalu adalah sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik, di tengah-tengah antara Hawaii dan Australia. Pada tahun 2011, Tuvalu hanya mendapat kunjungan dari 1200 pelancong asing.




    4. Kiribati

    Kiribati, atau secara rasmi disebut Republik Kiribati merupakan negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik. Bentuk negara ini sebenarnya sangat unik, namun tampaknya belum berjaya menarik perhatian para pelancong dunia. Pada tahun 2011, hanya sekitar 4700 orang yang datang ke negara berpopulasi 101093 orang ini.




    5. Kepulauan Marshall

    Negara kepulauan Marshall atau Marshall Island merupakan negara pulau yang terletak di sebelah utara Lautan Pasifik. Negara ini memiliki bentuk pulau yang berlainan iaitu memanjang dan melingkar. Keunikannya ini berjaya mendatangkan 5000 orang pelancong asing pada tahun 2011.




    6. Guinea Katulistiwa

    Guinea Katulistiwa atau Equatorial Guinea merupakan salah satu negara republik di Afrika Tengah. Dengan kawasan seluas 28000 kilometer persegi, negara ini berjaya menarik sekitar 6000 pelancong asing pada tahun 2012 lalu.




    7. Turkmenistan

    Turkmenistan merupakan salah satu negara di Timur Tengah. Negara yang berbatasan dengan Afghanistan dan Iran ini memiliki populasi sebesar 5.1 juta. Meskipun begitu, hanya sedikit orang yang datang sebagai pelancong. Tahun 2007 lalu, tercatat sebanyak 7000 pelancong asing yang mengunjungi negara ini.




    8. Sao Tome dan Principe

    Negara yang secara rasmi disebut Republik Demokratik Sao Tome dan Priocipe ini merupakan negara kepulauan yang terletak berdekatan dengan garis khatulistiwa. Uniknya, negara ini terdiri di atas dua pulau yang memiliki gunung berapi. Meski termasuk sebagai negara terkecil di Afrika, Sao Tome dan principe berjaya mendatangkan 8000 pelancong asing pada tahun 2010.




    9. Komoro

    Komoro atau Republik Islam Federal Komoro adalah negara kepulauan di Lautan Hindi. Negara Arab ini terdiri atas tiga pulau utama, iaitu Komoro Besar, Anjouan dan Moheli. Dengan luas wilayah yang tak begitu besar, negara Arab terkecil kedua setelah Bahrain ini berjaya menarik 15000 pelancong asing pada tahun 2010.







    10. Afghanistan

    Afghanistan merupakan negara di Asia Tengah yang berbatasan dengan iran dan Pakistan. Meskipun hingga saat ini Afghanistan masih identik dengan peperangan dan masalah keamanan, namun negara ini berjaya membawa 17500 pelancong asing masuk ke negaranya pada tahun 2012.


    Popular Posts

    • Jangan Tertipu Dengan Gadis Cun Laman Dating China (8 Gambar)
      Mereka semua kelihatan cantik kerana memakai topeng solekan tetapi sekali solekan tersebut hilang, cuba tengok rupa sebenar mereka. ...
    • Sebelum Dan Selepas Di Touch Up ! (6 Gambar)
      Awek-awek tembok besar nampak terlalu cantik selepas di touch up. Da macam patung Barbie.Harap-harap awek-awek kat Malaysia jangan wat ...
    • Gadis Cantik Ini Bercinta Dengan Pakcik Berusia 57 Tahun.
      Cinta tidak mengenal perbezaan. Kasta, status ekonomi, pendidikan dan usia, semuanya tidak ada yang perlu dipersoal bila sudah saling ...
    • Lagenda Pertarungan Dato' Meor Abdul Rahman VS Bruce Lee ( Video ).
      Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian bel...
    • Gadis Ini Adalah Pembuat Tatu Dari Malaysia (16 Gambar)
      Siapa sangka, si gadis bertubuh kecil ini, Wong Wei Yin, 26, terpaksa menarik diri dari alam persekolahan selepas peperiksaan UPSR kerana m...
    • Baju Terlondeh Di Tarik Peminat (7 Gambar)
      Berpakain "berani" dan menjolok mata adalah fenomena biasa bagi artis dan selebriti di luar negara. Tapi entry kali ini bukan hend...
    • 10 Bond Girls Paling Hot Sepanjang Masa
      Selain terkenal kerana aksi dan alat canggihnya, filem James Bond selalu dikelilingi para wanita cantik. Siapa saja bond girls paling h...
    • Oh In Hye Dan Gaun Kontroversinya (8 Gambar)
      Pergh, sungguh berani artis-artis Korea ni. Dah lah cantik,gebu dan membuatkan ramai jejaka memendam rasa. Boleh pula berpakaian begitu....
    • Model Size XXL Yang Berjaya Di Russia (9 Gambar)
      Dia mungkin tidak mempunyai susuk tubuh seperti model yang lain tetapi dengan badannya yang agak besar, dia tetap diterima orang ramai di n...
    • Wajah Pemilik Kaki Cantik Ini.
      Jangan terkejut ternyata pemilik kaki yang kelihatan seperti gadis sekolah itu ternyata seorang datuk! Tak percaya? Ternya...

    Total Pageviews

    Recent Posts

    • Comments
    • Tags
    Apakah ! Comel ! Fakta Gangster Islamik Kejam Komik Kreatif Kreatif ! Lawak Lol ! Misteri Ngeri Ngeri ! Pelik Pelik ! Pheewwiitt Phewitt ! Respect ! Sadis Sejarah Selebriti Selebriti ! Semasa Terkini Uwekkk Woww ! Wowww

    Latest From

    About Us

    Quick Links

    Follow Us

    Copyright 2012 Layan Jom. All rights reserved.

    Designed by spicytricks.