background

Layan Jom

Powered by Blogger.

    Showing posts with label Ngeri !. Show all posts


    Seorang wanita yang kini berusia 59 tahun mengalami satu penyakit ganjil dan jarang ditemui didunia.
    Wang Karunavasi, berasal di Sri Langka mengalami penyakit tersebut ketika beliau bersama anaknya sedang membina rumah baru untuk beliau duduki. Sejak itu, bermulalah episod mimpi ngeri terbesar dalam hidupnya.


    Bermula dari luka kecil di pipi, muka wanita tersebut membengkak dan beliau mengalami demam pada keesokkan harinya. Karunavasi pergi ke hospital untuk mendapat rawatan, pihak hospital menahannya sehingga seminggu dan para doktor memutuskan untuk memotong kulit yang dijangkiti. 

    Tetapi mimpi ngeri ini tidak berakhir. Jangkitan datang kembali lagi dalam baki tisu, sehingga dia menjadi cacat dan kehilangan sebelah mata. 

    Buat masa ini, kes Puan Karunavasi telah diambil alih oleh pasukan pemindahan organ Amerika dan beliau akan menjadi 6 orang di dunia yang akan menjalani sepenuhnya pemindahan muka baru.











    Seorang pemandu yang membawa kereta mewahnya telah melanggar tiang sebuah jambatan di Jerman. Mungkin disebabkan kelajuan yang tak terhingga kemalangan tersebut telah menghancurkan keretanya. 
    Pemandu serta penumpang berada  dalam keadaan serius.









    SANYA - Gara-gara perkahwinan ditentang keluarga, seorang buruh binaan di China sanggup mengheret teman wanitanya ke atas bumbung dan mengacukan pisau pemotong daging ke leher mangsa.




    Media melaporkan, suspek dikenali sebagai Lin, 32, turut mengugut membunuh mangsa kerana mendakwa mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.




    "Drama tebusan berlangsung selama lima jam. Selain itu, suspek juga bertindak menanggalkan pakaian dan mengarahkan mangsa melakukan perkara sama dengan tujuan ingin memalukan mangsa di hadapan jiran yang sedang melihat mereka," menurut laporan media.




    Menurut Daily Mail, selepas lima jam, suspek meminta sebuah kereta untuk melarikan diri bersama teman wanitanya, namun cubaannya gagal apabila dia ditahan anggota polis dan orang awam.

    Seorang pekerja kedai perkakasan logam maut selepas kepalanya tersepit pada lif pemunggahan barang di sebuah pusat komersial di Jalan Song,  


    Mangsa dikenali sebagai Benedick Guan Christopher, 19, mati di tempat kejadian dipercayai akibat patah leher.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.45 petang dan 12 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

    Katanya, kepala mangsa tersangkut antara lif dengan dinding menyebabkan lif itu tersekat.




    "Mangsa dipercayai pengsan dalam lif itu, menyebabkan dia jatuh dan kepalanya tersangkut antara lif yang tidak berpintu dengan dinding.

    "Lif itu tersekat di tingkat tiga dan ketika mengeluarkan mangsa, dipercayai lehernya sudah patah," katanya.

    Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.

    Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat. 





    Nasib malang menimpa Sandra Nabucco berasal dari Gavea, Brazil. Nabucco dikejarkan ke hopital setelah kepalanya tertusuk ratusan duri landak. Perempuan berusia 52 tahun tersebut sedang berjalan-jalan apabila seekor landak jatuh menimpa kepalanya.

    Lebih dari 200 duri melekat di kepalanya. "Saya sangat terkejut. Saya merasakan kesakitan dan sakit di kepala, "kata Nabucco, seperti dikutip Metro , Jumaat (24/1/2014). Walaupun merasa sakit, Nabucco tidak merasa sedih.

    Dia bersyukur kepalanya berjaya menyelamatkan si landak yang nyaris mati kerana jatuh dari ketinggian. "Saya perempuan yang kuat. Saya sekurang-kurangnya menyelamatkan nyawa landak itu, "katanya.




    Jom saksikan video berikut :




    Pekerja, buruh bangunan satu pekara yang membezakan adalah mereka dengan kita! Keberanian Mereka.

    Mereka melakukan itu sebagai kemestian, tuntutan untuk mencari nafkah. Mereka tidak merasa perlu 'show-off' foto-foto itu ke facebook ataupun Instagram untuk menunjukkan keberanian mereka. Mereka mencari nafkah yang halal walau pun terpaksa menempah maut. Berikut adalah gambar-gambar mengerikan para pekerja bangunan.











    Popular Posts

    • Jangan Tertipu Dengan Gadis Cun Laman Dating China (8 Gambar)
      Mereka semua kelihatan cantik kerana memakai topeng solekan tetapi sekali solekan tersebut hilang, cuba tengok rupa sebenar mereka. ...
    • Sebelum Dan Selepas Di Touch Up ! (6 Gambar)
      Awek-awek tembok besar nampak terlalu cantik selepas di touch up. Da macam patung Barbie.Harap-harap awek-awek kat Malaysia jangan wat ...
    • Gadis Cantik Ini Bercinta Dengan Pakcik Berusia 57 Tahun.
      Cinta tidak mengenal perbezaan. Kasta, status ekonomi, pendidikan dan usia, semuanya tidak ada yang perlu dipersoal bila sudah saling ...
    • Lagenda Pertarungan Dato' Meor Abdul Rahman VS Bruce Lee ( Video ).
      Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian bel...
    • Gadis Ini Adalah Pembuat Tatu Dari Malaysia (16 Gambar)
      Siapa sangka, si gadis bertubuh kecil ini, Wong Wei Yin, 26, terpaksa menarik diri dari alam persekolahan selepas peperiksaan UPSR kerana m...
    • Baju Terlondeh Di Tarik Peminat (7 Gambar)
      Berpakain "berani" dan menjolok mata adalah fenomena biasa bagi artis dan selebriti di luar negara. Tapi entry kali ini bukan hend...
    • 10 Bond Girls Paling Hot Sepanjang Masa
      Selain terkenal kerana aksi dan alat canggihnya, filem James Bond selalu dikelilingi para wanita cantik. Siapa saja bond girls paling h...
    • Oh In Hye Dan Gaun Kontroversinya (8 Gambar)
      Pergh, sungguh berani artis-artis Korea ni. Dah lah cantik,gebu dan membuatkan ramai jejaka memendam rasa. Boleh pula berpakaian begitu....
    • Model Size XXL Yang Berjaya Di Russia (9 Gambar)
      Dia mungkin tidak mempunyai susuk tubuh seperti model yang lain tetapi dengan badannya yang agak besar, dia tetap diterima orang ramai di n...
    • Wajah Pemilik Kaki Cantik Ini.
      Jangan terkejut ternyata pemilik kaki yang kelihatan seperti gadis sekolah itu ternyata seorang datuk! Tak percaya? Ternya...

    Total Pageviews

    Recent Posts

    • Comments
    • Tags
    Apakah ! Comel ! Fakta Gangster Islamik Kejam Komik Kreatif Kreatif ! Lawak Lol ! Misteri Ngeri Ngeri ! Pelik Pelik ! Pheewwiitt Phewitt ! Respect ! Sadis Sejarah Selebriti Selebriti ! Semasa Terkini Uwekkk Woww ! Wowww

    Latest From

    About Us

    Quick Links

    Follow Us

    Copyright 2012 Layan Jom. All rights reserved.

    Designed by spicytricks.