80 Tahun Dan Mampu Pumping 150 kali Setiap Hari (3 Gambar)

 

Usia lanjut bukan halangan bagi nenek dari China ini yang bernama Li Guochuan. Walaupun berumur 80 tahun dia masih lincah bermain bola keranjang bahkan mendapat skor.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, sudah tiga tahun nenek Li berlatih bola keranjang. Wanita asal Provinsi Fujian itu juga melakukan push up dan sit up sebanyak 150 kali setiap hari.
"Saya terbiasa kurang berehat. Saya biasa lakukan pemanasan tiga set dan menghabiskan 20 minit melakukan itu," ujar Li.

Saban hari bermain bola keranjang, Li hanya akan berhenti jika sudah memasukkan bola 72 kali. Skor ini setiap minggu bertambah. Tidak hanya keranjang, Li juga berlatih badminton dan kadang-kala mencabar anak muda bertanding dengannya.

Li mengaku bersenam membuat dia semakin sihat dan tidak kalah lincah dengan mereka berusia jauh di bawahnya.






 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments