Cincin Bersalut Kulit Manusia (3 Gambar)

 



Cincin emas yang diberi nama sebagai Forget Me Knot ini dicipta oleh seorang pereka fesyen dari Iceland yang bernama Sruli Recht. Beliau merupakan seorang warganegara Australia dan kini tinggal di Reykjavík Iceland. Recht belajar dalam rekabentuk fesyen di RMIT University yang terletak di Melbourne. Apa yang unik, menarik dan pelik tentang cincin yang dihasilkannya ini adalah cincin ini menggunakan emas tulen serta menggunakan jalur kulit dirinya sendiri yang dibuang melalui pembedahan dan dipasang terus pada cincin emas tersebut.





Ramai pereka lain terkejut dengan idea Recht apabila beliau membuat keputusan untuk menjalani pembedahan dengan mengeluarkan jalur kulit dari perutnya sendiri. Selepas pembedahan, sepanjang 10 milimeter kulit dengan bulu yang masih melekat diawet dan terus dipasang pada cincin emas sebagai perhiasan



Bersama-sama dengan cincin emas yang deselaputi kulit serta daging ini, pembeli juga akan menerima sijil DNA sebagai bukti bahawa cincin tersebut menggunakan kulit sebenarnya kepunyaan Sruli Recht serta DVD dokumentari yang mana menunjukkan proses pembedahan pelik dan temu bual dengan pasukan yang terlibat untuk membina cincin ini.

Beliau menjadi terkenal kerana telah mencipta pelbagai koleksi perhiasan yang pelik. Beberapa karya awal beliau adalah termasuk barang yang dihias dengan luar biasa seperti kulit kambing yang dilahirkan mati, sutera yang diekstrak daripada kelenjar labah-labah, dan macam-macam lagi.
 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments