Jarang sekali kita dengar kontroversi yang
mengaitkan nama Maya Karin. Kalau ada pun, ianya tidak terlalu diperbesarkan
peminat dan terus dilupakan begitu sahaja kerana pelakon filem Ombak Rindu itu
lebih suka berdiam diri dan tidak melayan karenah mereka.
Bercakap tentang teman pengganti, Maya Karin baru-baru ini
telah mendedahkan sekeping gambar yang tertera wajah kekasih barunya. Lelaki
bertuah itu memang kacak dan segak orangnya.
Menurut aktres berusia 34 tahun itu, kekasih hatinya bukan
dari kalangan industri hiburan dan mereka sudah bercinta sejak enam bulan lalu.
Setakat ini, Maya karin mengakui bahagia dan gembira dengan kehadiran jejaka
itu.
“Alhamdulillah saya cukup bahagia sekarang. Saya sudah mempunyai
teman istimewa tetapi tak boleh didedahkan dahulu. 6 bulan sudah kami berkawan
dan mengenali."
"Buat Sementara waktu ini saya tidak mahu bercakap
lebih tentangnya kerana ianya masih baru lagi dan apabila sudah sampai masanya
saya akan menceritakan kesemuanya.”
Bagaimanapun, Maya menolak untuk mendedahkan identiti lelaki
yang berjaya membuka hatinya kembali untuk bercinta kerana takut disalahtafsir
orang tidak bertanggungjawab dan berniat menjatuhkan maruahnya.
Jom tengok sekeping gambar wajah kekasih baru Maya Karin
di bawah. Amacam ?
0 comments