Soo Wincci Tersenarai 100 Paling Cantik di Dunia (4 Gambar)

 
PENYANYI yang sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Soo Wincci terkejut apabila dirinya tersenarai dalam Indipendent Critics bagi kategori 100 Wajah Paling Cantik 2013.

Wincci berada di tangga ke-91 sebaris dengan beberapa selebriti lain yang turut pertama kali dicalonkan seperti Anna Koncakovskaya (Rusia), Marcela Guirado (Mexico), Meghan Markle (Amerika Syarikat) dan Gabriella Wilde (United Kingdom).

Sementara tempat pertama milik pelakon cantik dari Perancis, Marion Cotillard selepas tersenarai selama 12 tahun.

Wincci yang kini di Taiwan ketika dihubungi Sinar Harian Online akui senarai itu menjadi penggalak kepada impiannya menembusi pasaran Hollywood.

“Saya sangat terkejut apabila dimaklumkan tentang berita ini. Ketika itu (semalam) saya dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk ke Taiwan.


“Berita ini sangat menggembirakan saya kerana saya menganggap ia sebagai satu penggalak untuk mencapai impian saya ke Hollywood,” katanya





 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments