Respect !
Sebelum ni, Sultan Brunei sanggup turun dari keretanya dan membantu anggota pengiringnya yang kemalangan di negaranya sebelum ini.
Baginda memang dikenali rakyat Brunei sebagai seorang Sultan yang dekat di hati rakyat.
Rapatnya baginda dengan rakyat bukan bermusim.
Pada 25 Januari lepas, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menziarahi kawasan Lamunin dalam Daerah Tutong yang dilanda banjir, meninjau keadaan mangsa-mangsa bencana alam itu di sana.
Ekoran cuaca hujan lebat yang berlarutan selama beberapa hari menyebabkan beberapa kawasan di negara itu dilanda banjir.
Selain Tutong, Belait turut dilanda bencana alam itu sehingga menyebabkan beberapa jalan raya terpaksa ditutup akibat runtuhan tanah.
Baginda sanggup turun ke lokasi kejadian dan meredah air banjir dan juga menaiki bot biasa untuk meninjau keadaan mangsa banjir di sana.
Penulis bagaimanapun, teruja melihat bagaimana kesetiaan pengawal keselamatan baginda yang biarpun mengenakan pakaian seragam lengkap sanggup berenang dan berpaut pada perahu baginda demi menjaga keselamatan Sultan Hassanal Bolkiah
Kerabat Di Raja Malaysia pun apa kurangnya, semasa banjir di Pahang, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang pun turun padang membantu mangsa-mangsa banjir.
Insan-insan mulia begini makin pupus di dunia ini.. sedih.. =(
0 comments