Wanita Ini Sanggup Potong Telinga Semata-mata Mahu Jadi Pari-Pari (Gambar/Video)

 

Ottawa: Seorang wanita dari Kanada menjalani pembedahan untuk memperoleh cuping telinga yang tajam kerana dia mahu kelihatan seperti pari-pari.

Melynda Moon, 23, percaya dia berasal dari dunia berbeza dan hidup dalam zaman pari-pari pada hayat lalu.

Melynda menjalani pembedahan bernilai RM1,350 itu bagi membolehkan dia berhubungan dengan susur galur keturunannya itu.

Pembedahan itu menyebabkan rawan telinganya dipotong dan serpihan yang dipotong dari bahagian hujung itu dibentuk runcing.


Keadaan itu membolehkan telinganya mempunyai bentuk meruncing sebagaimana watak dalam filem kegemarannya, Lord Of The Rings. Pembedahan itu mengambil masa dua jam.


Selain telinga pari-pari, Melynda juga menjalani implan di tangannya yang menggambarkan simbol kuasa tiga Legenda Zelda.

Model dari Ontario itu berkata, telinga runcing sudah lama menjadi idamannya.
“Inspirasi saya bermula daripada Lord Of The Rings: rambut panjang, baju yang labuh dan hubungan rapat dengan alam semula jadi.

“Saya sentiasa rapat dengan alam semula jadi,” katanya.

Menurutnya, sejak zaman kanak-kanak lagi, dia memang obses dengan benda mistik.

Ketika kecil, dia akan menggunakan mekap untuk tampil seperti pari-pari dan turut menggunakan Photoshop untuk membuat telinganya runcing.

Mengenai pembedahan yang dijalaninya itu, Melynda berkata: “Saya sentiasa mempunyai fantasi untuk menjadi sesuatu yang lain daripada manusia. Kerana itu, saya ubah penampilan.


“Saya tidak akan kembali dengan penampilan manusia. Kini, saya hanya kekurangan sesuatu iaitu sayap untuk terbang,” katanya.Jom layan video menarik ini :









 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments